JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bakal menjadi individu pertama di republik berkenaan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Pengumuman Jokowi itu dibuat bagi membendung penyebaran maklumat salah dan berita palsu mengenai COVID-19, ketika negara itu berdepan gelombang baharu dengan jumlah 630,000 kes jangkitan dan 19,000 kematian setakat ini.
“Saya secara peribadi akan menjadi penerima pertama (vaksin ini) bagi meyakinkan penduduk bahawa vaksin yang digunakan adalah selamat.”
“Vaksin COVID-19 ini akan diberikan secara percuma kepada semua warga Indonesia,” katanya dalam video yang dikongsi di akaun Twitternya, lapor Channel News Asia.
Sebelum ini, kerajaan mengatakan bahawa hanya kakitangan kesihatan, warga tua dan individu tertentu saja diberikan vaksin secara percuma.