JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan rombakan Kabinet Indonesia Maju semalam, dengan memperkenalkan enam nama sebagai menteri baharu.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.
Antara enam menteri baharu yang dilantik termasuk Tri Rismaharini sebagai Menteri Sosial menggantikan Juliari Batubara yang ketika ini ditahan atas tuduhan rasuah.
Kedua, Jokowi memperkenalkan Sandiaga Uno sebagai Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, menggantikan menteri sebelum ini, Wishnutama Kusubandio.
Ketiga, Jokowi memperkenalkan Budi Gunadi Sadikin sebagai Menteri Kesihatan, Yaqut Cholil Quomas sebagai Menteri Agama, Wahyu Sakti Trenggono sebagai Menteri Laut dan Perikanan dan M Lutfi sebagai Menteri Perdagangan. – AGENSIJk