‘Jika melawan, tembak sampai mati’ - Utusan Malaysia

‘Jika melawan, tembak sampai mati’

SEBAHAGIAN daripada rumah penduduk yang dibakar oleh kumpulan militan MIT di Sigi, Sulawesi Tengah, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Polis Indonesia, Idham Azis mengarahkan anggotanya untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan militan Mujahidin Indonesia Timur (MIT), termasuk melepaskan tambakan sekiranya anggota kumpulan itu melawan.

“Saya sudah maklumkan kepada pasukan polis supaya bertindak tegas dengan kumpulan itu, jangan beri muka. Jika ada yang melawan, tembak mati sahaja,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

MIT yang dipimpin Ali Kalora itu didakwa menjadi dalang serangan keganasan di Sigi, Sulawesi Tengah pada minggu lalu.

Insiden itu menyaksikan empat penduduk kampung dibunuh selain beberapa kediaman dibakar.

Menurut Idham, Indonesia tidak boleh mengalah dengan kumpulan pengganas yang sanggup membunuh penduduk awam tanpa belas kasihan.

Katanya, anggota MIT masih diburu polis dan pasukan tentera.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Marsyal Hadi Tjahjanto berkata, mereka sedia membantu pasukan polis untuk memburu anggota MIT yang terlibat dalam serangan tersebut.

“Kita akan cari kubu persembunyian kumpulan MIT sampai ke lubang cacing,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan supaya pemimpin pertahanan negara memburu dan menangkap suspek yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Saya sudah mengarahkan supaya polis menyiasat habis-habisan kegiatan MIT selama ini sehingga ke akar umbinya.

“Saya juga ingin memngucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan rakyat diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa,” jelas Jokowi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya