Jenazah Covid-19 di Sri Lanka terus dibakar - Utusan Malaysia

Jenazah Covid-19 di Sri Lanka terus dibakar

RIBEN putih diikat pada pagar tempat pembakaran mayat di Colombo sebagai bantahan jenazah Covid-19 dibakar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Kemarahan semakin memuncak di Sri Lanka apabila 15 pesakit Covid-19 beragama Islam termasuk bayi berusia 20 hari dibakar yang jelas bertentangan dengan permintaan keluarga kerana melanggar ajaran Islam. 

Pihak Berkuasa Kesihatan Sri Lanka yang majoritinya beragama Buddha menegaskan semua mangsa Covid-19 mesti dibakar walaupun mereka adalah Islam. 

Perintah yang dikeluarkan April lalu serentak dengan kenyataan oleh sami Buddha berpengaruh yang mendakwa menanam mayat boleh mencemarkan air bawah tanah serta menyebabkan virus merebak. 

Selepas 19 keluarga orang Islam menolak untuk menuntut mayat keluarga mereka dari bilik mayat di Colombo pada minggu lalu, Peguam Negara memutuskan supaya semua jenazah dibakar. 

Pada hujung minggu, orang ramai mengikat ribuan riben putih di pagar tempat pembakaran itu. 

Salah seorang aktivis media sosial memuat naik gambar riben itu dan menyifatkan perbuatan tersebut adalah penindasan secara terang-terangan. 

Kepulauan itu menyaksikan lonjakan kes positif Covid-19 sejak Oktober lalu dengan bilangan jangkitan meningkat 10 kali ganda iaitu bersamaan 32,790 kes serta 152 kematian. 

Menurut Dewan Islam Sri Lanka, majoriti mangsa pandemik di negara itu adalah penganut Islam walaupun mereka hanya 10 peratus daripada 21 juta penduduk di sana. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan proses pengebumian dibenarkan sekiranya dikendalikan dengan langkah pengawasan ketat. -AFP 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya