Jatuh cinta ketika buat liputan - Utusan Malaysia

Jatuh cinta ketika buat liputan

MARTIN SHKRELI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bekas wartawan Bloomberg mendedahkan bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan seorang lelaki yang ‘paling dibenci’ di Amerika Syarikat (AS) selepas membuat liputan mengenai penangkapannya sehingga tular dalam media sosial. 

Wartawan, Christie Smythe memberitahu majalah Elle dia jatuh cinta dengan bekas eksekutif farmaseutikal, Martin Shkreli yang dihukum penjara tujuh tahun kerana menipu pelabur. 

Beberapa media AS mengecam tindakannya yang dikatakan melanggar etika kewartawanan manakala, terdapat segelintir yang memuji kesanggupan wanita itu menceritakan kisah hidupnya. 

Shkreli yang pernah mengetuai syarikat farmasi Turing ‘menjadi popular’ selepas dia didakwa dikenali menaikkan harga ubat Daraprim pada sebanyak 5,000 peratus dari AS$13.50 (RM54) hingga AS$750 (RM3,045) bagi sebiji pil pada 2015.  

Malahan, lelaki itu mencuri perhatian pada selepas membeli album edisi tunggal penyanyi rap, Wu-Tang Clan bertajuk ‘Once Upon a Time in Shaolin‘ berharga AS$2 juta (RM8 juta). 

Wartawan berusia 37 tahun itu berjaya mensensasikan berita mengenai penangkapan Shkreli berhubung kesalahan penipuan pada Disember 2015. 

Smythe membuat liputan di mahkamah Brooklyn sepanjang perbicaraan itu dan berada di sana ketika lelaki itu menerima hukuman pada 2018. 

“Saya beritahu Martin saya cintakan dia, malah dia juga menyintai saya. Kadang-kadang susah untuk berfikir pada satu-satu masa ketika kita berasa terlalu gembira,” katanya. 

Symthe meninggalkan agensi berita Bloomberg pada 2018 dan bercerai dengan suaminya tahun lalu, selain sanggup menunggu Shkreli yang masih menjalani hukuman penjara berbaki tiga tahun. – AFP 

 

    

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya