Jalan kaki redah hujan di lebuh raya - Utusan Malaysia

Jalan kaki redah hujan di lebuh raya

POLIS menemukan seorang wanita dan dua anaknya dalam keadaan basah dan menangis di lebuh raya di Lampung, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara bertengkar dengan suami, seorang wanita sanggup berjalan kaki meredah hujan lebat bersama dua anaknya di sebuah lebuh raya di Lampung.

Lapor Kompas.com, wanita dan dua anaknya itu ditemukan polis dalam keadaan basah kuyup dan menangis akibat hujan lebat.

Wanita yang dikenali sebagai Marpuah Sari itu memberitahu dia dan dua anaknya sebelum itu menaiki kenderaan bersama suaminya.

Katanya, dia baru tiba di Lampung dari Jambi selepas diajak oleh suaminya.

Jurucakap polis Lampung, Donny Damanik memaklumkan suami wanita tersebut bekerja sebagai pemandu trak dan dalam perjalanan membawa keluarganya ke Jakarta.

Jelas Donny, sejurus tiba di Lampung, suami isteri tersebut bertengkar dan Marpuah serta dua anaknya diturunkan di lebuh raya.

“Ibu dan dua anak itu sempat singgah di kawasan rehat ketika melalui lebuh raya Lampung dan mereka nekad meneruskan perjalanan ke Jakarta dengan berjalan kaki.

“Ketika ditemukan, ketiga beranak itu basah kuyup dan sedang menangis,” katanya.

Susulan itu, mereka dibawa ke balai polis Tegineneng dan suami wanita itu dihubungi untuk menjemput mereka.

Bagaimanapun, wanita tersebut enggan mengikut suaminya dan pulang ke Jakarta bersama dua anaknya dengan menggunakan bas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya