Indonesia terima panggilan spam terbanyak di Asia - Utusan Malaysia

Indonesia terima panggilan spam terbanyak di Asia

INDONESIA menjadi negara Asia paling banyak menerima panggilan spam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aplikasi penghalang panggilan spam dan pengenalpastian nombor telefon, Truecaller mendedahkan Indonesia merupakan negara paling banyak menerima panggilan spam di Asia berdasarkan Laporan Analisis Truecaller 2020. 

Lapor CNN Indonesia, negara ini menjadi negara Asia di tangga pertama yang paling banyak  menerima panggilan spam, diikuti dengan India dan Vietnam.

Menerusi carta global, Indonesia berada di tangga keenam penerima panggilan spam tertinggi di dunia.

Pengarah Komunikasi Truecaller, Kim Fai Kok berkata, Indonesia, India dan Vietnam merupakan tiga negara Asia yang termasuk dalam 20 negara penerima panggilan spam tertinggi di dunia,” katanya. 

Indonesia tahun ini merekodkan pengurangan penerimaan panggilan spam sebanyak 34 peratus atau purata 18.3 peratus dalam bulan ini. 

Peratusan itu lebih rendah berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 27.9 peratus. 

Tiga institusi menerima panggilan spam itu adalah institusi kewangan sebanyak 52 peratus, pembekal perkhidmatan insurans 25 peratus dan operator telekomunikasi 11 peratus. 

Manakala, panggilan palsu sembilan peratus dan pengutip hutang tiga peratus. 

Aplikasi itu mendedahkan satu daripada sepuluh panggilan spam adalah cubaan menipu termasuk 99 peratus merupakan panggilan daripada nombor tempatan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya