India dijangka luluskan penggunaan kecemasan vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

India dijangka luluskan penggunaan kecemasan vaksin AstraZeneca

EU meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Oxford-AsrtraZeneca untuk semua penduduk berusia 18 tahun ke atas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India kemungkinan besar meluluskan vaksin dibangunkan syarikat farmaseutikal, AstraZeneca dan Universiti Oxford bagi tujuan kegunaan kecemasan pada minggu depan.

Lapor Reuters dengan memetik dua sumber, langkah itu selepas pengeluar vaksin tempatan mengemukakan data tambahan yang diminta oleh pihak berkuasa.

Kelulusan penggunaan kecemasan itu akan menjadikan India sebagai negara pertama yang memberi lampu hijau kepada pembuat vaksin Britain ketika pengawal selia perubatan negara itu terus meneliti data hasil peringkat akhir ujian klinikal vaksin.

India yang merupakan pengeluar vaksin terbesar di dunia, mahu melaksanakan vaksinasi penduduknya pada bulan depan selain mempertimbangkan untuk memohon kebenaran penggunaan kecemasan bagi vaksin keluaran Pfizer dan syarikat tempatan, Bharat Biotech.

Usaha mendapatkan vaksin bagi negara kedua paling padat penduduk dengan kadar jangkitan tertinggi di dunia merupakan langkah besar dalam melawan pandemik tersebut.

Sebelum ini, Organisasi Kawalan Piawai Ubatan India (CDSCO) meneliti tiga permohonan pada 9 Disember lalu dan telah meminta maklumat tambahan daripada semua syarikat termasuk Institut Serum India (SII) yang menghasilkan suntikan AstraZeneca.

Menurut dua sumber, SII yang merupakan pengeluar vaksin terbesar dunia, sudah mengemukakan semua data yang diperlukan.

Menurut penasihat kesihatan kerajaan dalam sidang akhbar, pihak berkuasa masih menunggu maklumat lanjut daripada Pfizer manakala seorang sumber pula menyatakan mereka masih menunggu maklumat tambahan daripada Bharat Biotech.

Dua sumber memberitahu bahawa pihak berkuasa kesihatan India ketika ini sedang berurusan secara langsung dengan rakan sejawat di Britain berhubung suntikan vaksin AstraZeneca.

Menurut mereka, India kemungkinan besar meluluskan penggunaan kecemasan vaksin pada minggu depan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya