Hanya satu daripada tiga sanggup bayar - Utusan Malaysia

Hanya satu daripada tiga sanggup bayar

KAJIAN mendapati 65 peratus responden sedia menerima vaksin Covid-19-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 JAKARTA: Satu tinjauan dalam talian oleh Kementerian Kesihatan mendapati hanya satu daripada tiga individu di Indonesia yang sanggup membayar bagi mendapatkan vaksin Covid-19. 

Lapor The Jakarta Post, tinjauan itu dijalankan bersama Pasukan Penasihat Teknikal Imunisasi Indonesia (ITAGI) dengan sokongan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 19 September hingga 30 September. 

Kira-kira 115,000 responden di 514 bandar dan daerah merentasi 34 wilayah di seluruh negara disoak selidik. 

Kajian turut mendapati sebanyak 65 peratus responden bersedia menerima vaksin Covid-19 sekiranya tersedia untuk kegunaan awam, sementara lapan peratus menolaknya. 

Baki 27 peratus responden masih ragu-ragu dan laporan itu menyifatkan kumpulan responden itu adalah kritikal kepada kejayaan program vaksinasi. 

Bagaimanapun, dalam kalangan individu yang bersedia menerima vaksin, hanya 35 peratus sanggup membayarnya. 

Manakala, 38 peratus tidak sanggup untuk membayar dan baki 27 peratus tidak membuat keputusan. 

Responden sukarela membayar bagi suntikan vaksin itu antara 32 hingga 41 peratus di wilayah Jawa. 

Tinjauan turut mendapati penduduk di Papua,Kalimantan,Maluku dan Kepulauan Sunda seperti Bali, Lombok dan Flores menunjukkan kesanggupan lebih tinggi untuk membayar manakala, penduduk di wilayah Sulawesi dan Sumatra hanya sedikit yang menyatakan kesanggupan tersebut. 

Kebanyakan responden masih belum membuat keputusan mengenai harga yang sanggup dibayar dan segelintir menyatakan akan membayar pada harga tidak melebihi 50,000 rupiah (RM14). 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya