Hampir setengah juta penduduk di Wuhan mungkin dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Hampir setengah juta penduduk di Wuhan mungkin dijangkiti Covid-19

PENDUDUK di bandar Wuhan mengenakan pelitup muka sebagai langkah pencegahan terhadap pandemik Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hampir setengah juta penduduk di Wuhan dilaporkan mungkin dijangkiti wabak Covid-19.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China mendapati angka tersebut hampir 10 kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah kes yang disahkan secara rasmi.  

Kaji selidik itu menggunakan sampel 34,000 orang di Wuhan dan beberapa bandar lain di wilayah Hubei, Beijing, Shanghai, wilayah Guangdong, Jiangsu, Sichuan dan Liaoning untuk menganggarkan kadar jangkitan Covid-19.

Penyelidik menemui kadar kelaziman antibodi sebanyak 4.43 peratus untuk Covid-19 dalam kalangan penduduk di Wuhan.   

Kajian itu bertujuan menganggarkan skala jangkitan pada masa lalu dalam kalangan penduduk dengan menguji sampel serum darah daripada kumpulan individu untuk antibodi koronavirus. 

Penemuan itu bagaimanapun tidak dianggap sebagai statistik terakhir mengenai bilangan orang di kawasan tertentu yang terdedah kepada virus berkenaan.

Menurut CDC China, kajian tersebut dilakukan sebulan selepas China berjaya melawan gelombang pertama pandemik Covid-19.  

Jelas kajian tersebut, kadar kelaziman di luar Wuhan pula adalah jauh lebih rendah. 

Di bandar-bandar lain di Hubei, hanya 0.44 peratus penduduk didapati mempunyai antibodi koronavirus. 

Di luar wilayah pula, antibodi hanya dikesan pada dua individu dalam kalangan 12,000 penduduk yang menjalani kaji selidik tersebut.    

Hasil kajian itu didedahkan oleh CDC China menerusi laman media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya