Hampir 17,500 pokok ganja ditemukan - Utusan Malaysia

Hampir 17,500 pokok ganja ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia (Bareskrim) bersama Direktorat Siasatan Narkotik Polis Sumatera Utara menemui kira-kira 17,500 batang pokok ganja.

Lapor Kompas.com, ladang pokok ganja itu ditemukan di Bukit Sipira Manuk di Kampung Pardomuan Huta Tua, daerah Panyabungan Timur, wilayah Madina di Indonesia. 

Menurut Pengarah Siasatan Narkotik Polis Sumatera Utara, Komisioner Robert Dacosta, pihaknya bersama pasukan Direktorat Siasatan Dadah Bareskrim yang  diketuai Jeneral Krisno Siregar menemui tanah seluas lima hektar yang ditanam dengan pokok ganja di kawasan bukit di daerah Madina. 

Jelas beliau, penemuan ladang pokok ganja itu merupakan perkembangan daripada pendedahan kes terdahulu oleh Bareskrim.      

“Ini adalah hasil siasatan kes yang sebelum ini didedahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia.

“Kemudian, siasatan lanjut dilakukan sehingga berjaya mengesan ladang pokok ganja bersama pemilik dan sindiket,” katanya.

Robert memberitahu, pada awalnya, tiga individu yang disyaki merupakan pemilik tanah dan sindiket pengedaran dadah antara wilayah berjaya ditahan.

Individu berkenaan merupakan suspek dikenali M, 34, yang berperanan sebagai pemilik tanah, penerima dan pengendali pengedaran ganja.

Suspek dikenali AR,38, pula berperanan sebagai pengawal kewangan manakala individu CR, 29, merupakan penghantar dan tukang angkut ganja.

Tambah Robert, pasukannya terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dengan berjalan kaki selama kira-kira 3.5 jam untuk sampai ke ladang pokok ganja itu.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya