Gunung Semeru pula meletus - Utusan Malaysia

Gunung Semeru pula meletus

GUNUNG Berapi Semeru di Lumajang, Jawa Timur mula menghamburkan debu panas sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penduduk di Besuk Kobokan di daerah Lumajang, Jawa Timur panik selepas melihat lava panas mengalir dari Gunung Berapi Semeru.

Lapor Suara.com, selain Gunung Berapi Lewotolo dan Merapi, Semeru juga direkodkan semakin aktif dan mula menghamburkan debu panas sejak beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mula memindahkan penduduk tempatan ke pusat perlindungan sementara sehingga keadaan kembali reda.

Ketua Badan Tindakan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Lumajang, Wawan Hadi berkata, penduduk mula dilanda ketakutan dan ramai dalam kalangan mereka sudah keluar dari rumah masing-masing.

“Ada penduduk terdengar bunyi deruman yang kuat dari Semeru dan mereka khuatir jika itu adalah tanda-tanda gunung berapi tersebut akan meletus pada bila-bila masa.

“Terdapat juga penduduk yang berpindah ke Gunung Sawur yang terletak berhampiran Semeru kerana gunung itu sering dijadikan pos pemantauan gunung  berapi berkenaan,” katanya.

Jelas Wawan, Semeru menghamburkan debu panas setinggi 1,000 meter ke udara sebelum ini, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan notis penutupan untuk aktiviti mendaki di gunung tersebut.

Wawan juga memaklumkan sebanyak 13 kali aliran lava sejauh 500 hingga 1,000 meter direkodkan sebelum ini.

“Penduduk di nasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan sekitar Semeru bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya