Tinggalan gerai makanan segera ditemukan di Pompeii - Utusan Malaysia

Tinggalan gerai makanan segera ditemukan di Pompeii

KAUNTER makanan segera yang ditemukan oleh pasukan arkeologi di bandar purba Pompeii, Itali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Penemuan sebuah gerai makanan segera berusia 2,000 tahun yang diseliputi debu gunung berapi di bandar purba Pompeii baru-baru ini memberi petunjuk baharu kepada para saintis mengenai tabiat pemakanan penduduk zaman tersebut.

Bandar Pompeii ‘ditenggelami’ debu panas dan lava gunung berapi berhampiran Gunung Vesuvius yang meletus pada tahun 79 Masihi menyebabkan kira-kira 2,000 hingga 15,000 orang maut.

Gerai yang disebut ‘thermopolium’ itu ditemukan terletak di persimpangan jalan yang sibuk di antara Jalan Silver Wedding dan Alley of Balconies.

Selain itu, pasukan arkeologi juga menemukan serpihan tulang haiwan termasuk itik, khinzir, kambing, ikan dan siput di dalam periuk tembikar.

Kacang parang yang digunakan untuk mengubah rasa wain juga ditemukan di dalam satu daripada balang tembikar di gerai tersebut.

Ketua Pengarah Taman Arkeologi Pompeii, Massimo Osanna menyatakan pemilik gerai tersebut segera melarikan diri ketika letusan gunung berapi berlaku dan keadaan itu dapat dinilai berdasarkan keadaan kaunter di gerai itu.

“Beberapa rangka manusia termasuk seorang lelaki yang dipercayai berusia sekitar 50 tahun turut ditemukan di kawasan berhampiran gerai berkenaan.

“Pasukan kami juga temukan satu lagi rangka manusia yang sedang memegang penutup periuk di gerai tersebut dan dipercayai mungkin pencuri yang ingin mengambil kesempatan ketika keadaan menjadi huru hara akibat letusan tersebut,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya