Gempa bumi 6.3 skala Ritcher landa Filipina - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.3 skala Ritcher landa Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Satu gempa bumi berukuran 6.3 skala Ritcher melanda wilayah Batangas di pulau Luzon, Filipina hari ini.

Penduduk di Manila melaporkan bangunan bergegar dan aktiviti berhimpun di gereja sempena Krismas juga terganggu, namun setakat ini tiada laporan kerosakan diterima.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC), gempa itu berlaku pada pukul 7.43 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 114 kilometer.

Terdahulu, USCG memaklumkan gempa bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud dan pada kedalaman 108 kilometer mengegarkan wilayah tersebut.

Ketua Polis, Mejar Carlo Caceres berkata, penduduk berhimpun di gereja bagi upacara sembahyang Krismas berasa tenang ketika gempa melanda di bandar pesisir Calatagan, kira-kira 90 kilometer di selatan Manila dan berhampiran pusat gempa.

“Meskipun aktiviti upacara dalam gereja itu terhenti sementara, orang ramai tidak panik.

“Malah, kawasan ini sering dilanda gempa bumi dan penduduk sudah biasa dengan keadaan itu,” kata Caceres.

Tambah beliau, tiada aduan kerosakan mahupun kemalangan yang dilaporkan di kawasan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya