ISTANBUL: Satu gempa bumi sekuat 5.5 skala Richter melanda timur Turki hari ini.
Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), titik gempa tersebut dikesan di daerah Sivrice di wilayah Elazig pada pukul 6.37 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer.
Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Spylu berkata, tiada kes kematian mahupun kerosakan infrastruktur dilaporkan setekat ini.
Pada Januari lalu, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter melanda Elazig, menyebabkan lebih 40 orang terkorban.
Sekurang-kurangnya 114 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera apabila gempa bumi sekuat 7.0 magnitud berlaku di Laut Aegean pada November lalu. – AFP