Gambar kad pengenalan ketawa jadi tular  - Utusan Malaysia

Gambar kad pengenalan ketawa jadi tular 

GAMBAR seorang perempuan tertawa dalam kad pengenalan menjadi tular dalam Twitter. - TRIBUN NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekeping gambar kad pengenalan (KTP) seorang perempuan dengan ekspresi tertawa menjadi tular dalam laman Twitter. 

Lapor Tribun News, foto KTP itu dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @kegblgnunfaedh yang memperoleh 46,000 tanda suka dan diulang ciapan 5,000 kali. 

Pemilik KTP itu bernama Nadila Suhendar,19, dan berasal dari Tasik Malaya, Jawa Barat. 

“Waktu itu saya buat KTP dengan abang dan saya tergelak secara tidak sengaja selepas melihat mukanya, menyebabkan gambar KTP saya lain dari yang lain,” katanya. 

Disebabkan ekspresi tersebut, Nadila meminta untuk diambil semula gambarnya serta meminta maaf kerana tertawa semasa sesi penggambaran KTP dilakukan. 

“Saya terkejut melihat gambar kad pengenalan sendiri, saya menyesal kerana masa itu saya tertawa di dalam gambar itu. 

“Walaupun saya datang semula untuk tangkap gambar, tapi permintaan saya ditolak,” kongsinya. 

Dia malah memberitahu, gambar itu tersebar apabila rakannya memuat naik gambar tersebut dalam Twitter. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN