JAKARTA: Kesatuan Antikomunis Kebangsaan (Anak), NKRI akan menganjurkan demonstrasi bagi menuntut pembebasan pemimpin Front Pembela Islam (FPI), Muhammad Rizieq Shihab di hadapan Istana Negeri di sini, Jumaat nanti.
CNN Indonesia melaporkan, tiga organisasi utama yang terlibat adalah Alumni Persaudaraan 212 (PA), Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Ulama (GNPF) dan FPI.
Menerusi maklumat yang diperoleh dan beredar dalam Twitter, ‘Aksi 1812’ itu mengemukakan sejumlah tuntutan.
Pertama, mereka meminta kes tembak terhadap enam anggota FPI disiasat.
Kedua, mereka menuntut pemimpin FPI, Muhammad Rizieq dibebaskan tanpa syarat.
Ketiga, mereka menggesa supaya dihentikan segera penindasan dan diskriminasi undang-undang terhadap golongan ulama.
Maklumat penganjuran demonstrasi itu disahkan oleh Timbalan Setiausaha Agung PA 212, Novel Bamukmin.
Katanya, beliau tidak dapat meramalkan bilangan peserta yang akan hadir ke demonstrasi tersebut.
Bagaimanapun, penganjur sudah menghantar surat pemakluman kepada pihak polis.
“Seperti biasa hanya pemberitahuan mengenai demonstrasi di Istana,” katanya.