EU gesa China bebaskan wartawan ditahan berkaitan laporan berita - Utusan Malaysia

EU gesa China bebaskan wartawan ditahan berkaitan laporan berita

KESATUAN Eropah (EU).- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kesatuan Eropah (EU) menggesa China membebaskan semua wartawan dan rakyat yang ditahan berkaitan laporan berita yang dihasilkan mereka, selepas penahanan seorang kakitangan Bloomberg News.

Haze Fan, seorang warganegara China ditahan oleh pegawai keselamatan yang berpakaian biasa di rumahnya pada Isnin lalu, kata Bloomberg.

Menurut Beijing, dia ditahan kerana disyaki membahayakan keselamatan negara.

“Semua yang ditahan berkaitan dengan aktiviti laporan berita mereka harus dibebaskan dengan segera,” kata seorang jurucakap EU dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, wartawan atau warganegara China yang lain dilaporkan hilang pada tahun ini atau ditahan atau diganggu selepas terlibat dalam penulisan laporan berita.

“Kami berharap agar pihak berkuasa China menyalurkan bantuan perubatan kepada Fan sekiranya diperlukan, memberi akses bagi mendapatkan khidmat peguam dan membenarkanya untuk menghubungi keluarganya,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar China memaklumkan kes Fan masih dalam siasatan.

Bloomberg menegaskan pihaknya mengambil berat mengenai kakitangannya dan akan terus mendapatkan lebih banyak maklumat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya