Eropah ketatkan kawalan pergerakan menjelang Krismas - Utusan Malaysia

Eropah ketatkan kawalan pergerakan menjelang Krismas

PAWAGAM, teater, restoran dan pub masih kekal ditutup meskipun Perancis membatalkan perintah berkurung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa negara Eropah dilaporkan mengetatkan perintah kawalan pergerakan menjelang sambutan Hari Krismas berikutan terdapat peningkatan dalam kes jangkitan Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

Lapor BBC, Belanda memasuki minggu kelima perintah berkurung dengan pawagam, salon, teater, gimnasium dan operasi perniagaan yang tidak penting (non-essentials) ditutup.

Penduduk juga dinasihatikan untuk tidak menempah tiket perjalanan yang tidak penting ke luar negara sehingga pertengahan Mac depan.  

Sekatan itu bagaimanapun akan dilonggarkan sedikit selama tiga hari sepanjang Krismas apabila isi rumah dibenarkan menerima tiga tetamu berbanding dua orang sebelum ini.  

Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo memberi amaran tindakan pelanggaran sempadan akan diambil terhadap rakyat yang cuba merentas dari Belanda untuk datang membeli-belah atau bercuti.  

“Mesej ini amat jelas dan saya harap ia tidak perlu dilakukan,” katanya.  

Jerman melaksanakan perintah berkurung yang ketat sehingga 10 Januari depan selepas jumlah kes jangkitan Covid-19 mencapai tahap tertinggi.  

Perintah kurung baharu itu menyaksikan kebanyakan kedai dan sekolah ditutup. 

Selain itu, Perancis membatalkan perintah berkurung namun menurut kerajaan kadar jangkitan wabak Covid-19 masih belum menurun secara drastik untuk pelonggaran selanjutnya.   

Ini bermakna teater, pawagam, restoran dan pub akan kekal ditutup.

Perintah berkurung di seluruh negara akan dilaksanakan bermula pada pukul 8 malam sehingga 6 pagi, bagaimanapun sekatan ini akan dimansuhkan pada malam Krimas.

Di Itali pula, jumlah kematian harian jangkitan Covid-19 masih menghampiri 500 kes dan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan lagi sekatan sepanjang Krimas.   

Dalam pada itu, Britain mengetatkan perintah kawalan ke peringkat tertinggi di London.

Dengan memasuki fasa peringkat ketiga, perintah kawalan  di bandar itu membabitkan penutupan operasi pawagam, teater, pub dan restoran, namun perkhidmatan bawa pulang masih dibenarkan.

Langkah itu juga melarang warga London bersosial dengan kelompok luar daripada isi rumah mereka dan mengehadkan hanya enam orang sahaja dibenarkan bertemu di tempat awam. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya