SYDNEY: Pandemik Covid-19 menyebabkan persediaan sambutan Hari Krismas di seluruh dunia terpaksa dibatalkan atau dihadkan melalui perintah kawalan pergerakan.
Selepas wabak menggerunkan itu menyaksikan lebih 1.7 juta orang mati akibat Covid-19, sejumlah wabak baharu yang muncul adalah peringatan jelas walaupun vaksin kecemasan sudah tersedia bahawa kehidupan tidak mungkin kembali normal dengan cepat.
Di Australia, sekumpulan kes yang semakin meningkat di utara Sydney menghalang penduduk ke kawasan laut dan mendorong larangan semua pertemuan keluarga semasa Krismas.
Pengusaha kafe, Jimmy Arslan, 46, berkata, perniagaannya merosot 75 peratus dan keluargannya di Canberra terpaksa membatalkan kunjungan sempena sambutan Krismas.
Di Eropah, sebahagian besar benua itu mengalami musim sejuk luar biasa dengan dilanda wabak.
Jerman pula terpaksa membatalkan pasar Krismas terkenal, sementara, Paderi Pope Francis merancang mengadakan sambutan Krismas Vatican pada waktu tengah malam selama dua jam bagi mematuhi perintah berkurung Itali.
Di Benthlehem yang merupakan tempat penganut Kristian mempercayai kelahiran Jesus Christ, sambutan beramai-ramai akan diadakan tanpa kehadiran penganutnya dan diadakan secara dalam talian.
Di Filipina yang mempunyai majoriti penganut Katolik, segelintir individu memilih meluangkan cuti bersendirian kerana risiko kebolehjangkitan virus itu di pengangkutan awam termasuk peraturan kuarantin yang menyebabkan masa mengembara menjadi lama dan mahal.
Perayaan tahun baharu 2021 kelihatan suram di seluruh dunia dengan perintah berkurung di Scotland, Ireland Utara, Austria dan Portugal sepanjang tempoh selepas Krismas. -AFP