Dulu ratu cantik, kini pakar Covid-19 - Utusan Malaysia

Dulu ratu cantik, kini pakar Covid-19

CARINA TYRELL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang bekas Ratu Cantik England 2014 dan pernah menduduki tempat keempat Ratu Cantik Dunia pada tahun yang sama kini menjadi sebahagian daripada pasukan Universiti Oxford yang menjalankan penyelidikan vaksin Covid-19 serta ujian klinikal. 

Daily Mail melaporkan, Dr. Carina Tyrell, 31, merupakan seorang doktor dan ahli akademik yang pernah menuntut di Universiti Cambridge serta dilahirkan di Switzerland. 

Ayahnya merupakan seorang pakar fizik yang membantu pembinaan Large Hadron Collider dan ibunya bekerja di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

“Saya masih menyokong kedua-dua acara Ratu Cantik Dunia dan Ratu Cantik England malah saya juga menjadi juri pertandingan tersebut. 

“Namun, saya tidak pernah fikir enam tahun lagi saya akan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menghasilkan vaksin ketika pandemik global melanda,” katanya. 

Pada hujung tahun kelima di universiti, wanita jelita itu pernah memenangi pertandingan peragaam fesyen, sekali gus mendoronya menyertai pertandingan Ratu Cantik England. 

Biarpun sukakan kecantikan dan fesyen, Tyrell sudah menanam impian untuk mengatasi masalah global seperti malaria sejak dari kecil. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya