Dulu cikgu, kini jahit baju kucing  - Utusan Malaysia

Dulu cikgu, kini jahit baju kucing 

FREDI mendapat idea untuk menjahit baju kucing sejak 2018. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Mendepani cabaran ekonomi yang tidak menentu akibat penularan wabak Covid-19 menyebabkan ramai individu menjadi lebih kreatif dalam menjana pendapatan. 

Tidak terkecuali buat seorang guru dari sebuah sekolah yang menjana pendapatan sampingan dengan menjadi tukang jahit baju kucing di daerah Kemang, Bogor, Jawa Barat. 

Lapor Kompas.com, Fredi melakukan pekerjaan itu bagi menampung keperluan isteri dan dua anaknya. 

Menurutnya, idea menjahit baju kucing muncul dua tahun lalu dan pada mulanya, dia berasa ragu-ragu bagaimana hendak menyediakan pakaian haiwan itu, tetapi selepas mendapatkan nasihat daripada pencinta kucing, dia mula yakin. 

Fredi asalnya mencuba nasib membuat koleksi baju Melayu sempena Ramadan, namun, dia tidak menyangka permintaan baju kucing meningkat selepas memuat naik dalam media sosial. 

Sehari dia mampu menjahit sebanyak 10 helai baju dan harga yang ditawarkan bergantung kepada bahan yang digunakan serta tahap kesukaran. 

Setiap helai baju berharga antara 38,000 (RM10) hingga 84,600 (RM24) rupiah dan paling mahal dia pernah menjual 500,000 rupiah (RM143).  

Akhirnya, dia nekad meninggalkan profesion keguruan kerana mampu menjana pendapatan sebanyak 3 juta rupiah setiap bulan (RM858).  

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya