Doktor hamil 7 bulan maut akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Doktor hamil 7 bulan maut akibat Covid-19

IBU hamil sepatutnya mengambil makanan bernutrisi untuk mengelakkan kanak-kanan terbantut tumbesaran. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang doktor yang hamil tujuh bulan meninggal dunia akibat Covid-19.

Lebih menyedihkan, bayi dalam kandungannya juga meninggal dunia dua hari sebelum itu akibat wabak tersebut.

Lapor Kompas.com, Dr. Novita Rachmawati meninggal dunia semalam selepas dirujuk ke Hospital Khusus Infeksi (RSKI), Universitas Airlangga, Surabaya.

Ketua Bahagian Kesihatan Daerah Ponorogo, Rahayu Kusadarini berkata, Dr. Novita merupakan seorang doktor di RS Muslimat Ponorogo.

Dia mula bergejala dan menunjukkan simptom-simptom Covid-19 pada 1 Disember lalu.

Dr. Novita kemudian dirawat di hospital dan menjalani ujian calitan pada 4 Disember lalu.

Keesokan harinya, hasil ujian calitan menunjukkan dia positif Covid-19.

“Setelah mengetahui keputusannya positif, dia dirujuk ke hospital di Surabaya.

“Namun, ketika menerima rawatan, doktor itu dan bayi dalam kandungannya tidak dapat bertahan. Mereka berdua disahkan meninggal dunia,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya