Dera kekasih hingga mati di YouTube - Utusan Malaysia

Dera kekasih hingga mati di YouTube

STAS Reeflay ditahan polis berhubung kematian kekasihnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang lelaki, Stanislav Reshetnikov atau lebih dikenali sebagai Stas Reeflay didakwa menerima wang daripada pelayar YouTube untuk mendera kekasihnya, Valentina Grigoryev sehingga mati. 

Lapor The Sun, video yang diambil menerusi strim secara langsung menunjukkan Reeflay melakukan beberapa penderaan fizikal terhadap Grigoryev

Beberapa rakaman video yang disiar secara penstriman langsung menunjukkan Reeflay mendera kekasihnya secara banyak kali sambil disaksikan oleh peminatnya.

Antara penderaan yang dilakukan Reeflay termasuk menyembur semburan lada terhadap Grigoryeva dan memukulnya beberapa kali.

Wanita itu menjerit kesakitan setiap kali Reeflay menyembur semburan tersebut sambil disaksikan oleh rakan mereka yang turut muncul dalam video berkenaan.

Video itu juga menunjukkan Grigoryeva terbaring atas lantai sambil menangis menahan kesakitan dengan Reeflay berlagak seolah tiada apa yang berlaku.

Selain itu, terdapat juga video menunjukkan Reeflay memecahkan pinggan atas kepala kekasihnya.

Menurut pihak berkuasa, Grigoryeva meninggal dunia akibat hipotermia, selain pasukan bedah siasat menemukan banyak kesan penderaan pada badan mangsa.

Reeflay kini ditahan polis dan disiasat atas dakwaan membunuh.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya