Debu bulan, asteroid tiba di bumi - Utusan Malaysia

Debu bulan, asteroid tiba di bumi

PETUGAS Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) menemukan kapsul yang membawa debu asteroid di kawasan gurun di selatan Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Sebuah prob angkasa lepas China yang membawa sampel dari permukaan bulan berjaya mendarat di kapal angkasa yang mengorbit bulan hari ini.

Kejayaan itu adalah sebahagian daripada misi kapal angkasa Chang’e-5 yang dinamakan sempena dewa bulan Cina yang dilancarkan untuk mengambil sampel mineral bulan pertama dalam tempoh empat dekad.

Lapor agensi berita Xinhua, prob yang membawa sampel mineral bulan pada Khamis lalu itu kembali ke Chang’e-5 pada awal pagi ini.

Menurut Xinhua, ia adalah ‘penemuan dan pendaratan (percantuman prob dengan Chang’e-5) dalam orbit bulan’ yang pertama bagi China.

Prob itu kemudiannya memindahkan sampel bulan kepada kapal induk yang mengorbit bulan dan kini dalam perjalanan pulang ke bumi.

Dalam pada itu, sampel debu asteroid yang dikumpul selama enam tahun dilaporkan tiba di bumi menerusi kapal angkasa Jepun, Hayabusa-2.

Debu asteroid yang dijangka hanya seberat kurang 0.1 gram itu bakal membantu para saintis mengkaji asal usul kehidupan dan pembentukan alam semesta.

Kapsul yang membawa debu asteroid itu memasuki atmosfera bumi sebelum pukul 2.30 pagi waktu tempatan dan membentuk bebola api terang.

Kapsul itu mendarat di gurun utara Australia dan operasi pencarian dilakukan di kawasan seluas kira-kira 100 kilometer persegi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya