Darurat Gunung Semeru dilanjut - Utusan Malaysia

Darurat Gunung Semeru dilanjut

ORANG ramai melihat jentera berat yang diselaputi debu Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Fenomena banjir lava dingin Gunung Semeru menyebabkan Pemerintah Daerah Lumajang, Jawa Timur, memanjangkan tempoh darurat selama tujuh hari. 

CNN Indonesia melaporkan, pihak berkuasa tempatan daerah Lumajang mengenal pasti ancaman bahaya tahap dua terhadap lava gunung berapi tersebut. 

Setiausaha daerah itu, Agus Triyono mengumumkan lanjutan tempoh darurat bencana Gunung Semeru bermula hari ini hingga 21 Disember depan. 

Sebelum ini, pihak pemerintah menetapkan tempoh darurat hanya 14 hari sejak awal bulan lalu. 

Menurutnya, tindakan melanjutkan tempoh tersebut adalah berdasarkan kajian dan laporan daripada seluruh aspek termasuk pos pemantauan Gunung Semeru. 

“Hujan lebat menyebabkan risiko untuk lava mengalir ke kawasan sungai yang sering digunakan penduduk dan situasi itu boleh mendatangkan bahaya,” katanya. 

Agus turut memberi peringatan kepada masyarakat dan pelombong supaya berwaspada dengan lava yang masih panas di sekitar kawasan Semeru. 

“Jika boleh dihentikan sementara semua aktiviti perlombongan pasir kerana keadaan amat berbahaya,” ujarnya. 

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan disarankan menyalurkan bantuan melalui Pos Kawalan Bencana di Kampung Kamar Kajang. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya