Dana haram RM16.3j dirampas di Singapura - Utusan Malaysia

Dana haram RM16.3j dirampas di Singapura

SEBUAH firma Kanada didakwa menyediakan peranti telekomunikasi untuk pengedaran dadah antarabangsa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kira-kira AS$4 juta (RM16.3 juta) dana haram yang dikaitkan dengan sebuah firma Kanada yang didakwa menjual peranti sulit kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa disita di republik ini.

Lapor Channel News Asia, dana itu dirampas dari empat bank oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) menerusi satu kenyataan memaklumkan kesemua dana tersebut sudah dikembalikan ke AS.

Jelasnya, duit tersebut dijana oleh kumpulan Phantom Secure yang berpangkalan di Kanada dengan menjalankan operasi perniagaan peranti telekomunikasi yang digunakan oleh sindiket jenayah terancang transnasional.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Phantom Secure mengiklankan produknya sebagai anti pengesanan yang memberi jaminan bahawa sebarang bukti dalam peranti dapat dimusnahkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Phantom Secure, Vincent Ramos dan empat rakan kongsinya pernah didakwa oleh juri persekutuan pada Mac 2018 atas tuduhan terlibat dalam jenayah syarikat.

Jenayah itu merangkumi membenarkan import dan pengedaran dadah melalui penjualan serta perkhidmatan peranti telekomunikasi yang dirancang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya