ZAGREB: Satu gempa bumi berukuran 5.2 skala Ritcher melanda pusat bandar Crotia dan Zagreb pada awal pagi ini.
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), laporan awal menunjukkan tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Jelas EMSC, gegaran dirasai pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan di Zagreb, dengan pusat gempa terletak kira-kira 50 kilometer selatan di luar bandar Sisak, yang menempatkan hampir 35,000 penduduk.
“Kami belum lagi dimaklumkan mengenai kerosakan,” kata Ketua Institut Seismologi Crotia, Kresimir Kuk.
Media melaporkan terdapat beberapa kerosakan pada bangunan-bangunan di Sisak. – AFP