Coca-Cola pencemar plastik terbesar - Utusan Malaysia

Coca-Cola pencemar plastik terbesar

BOTOL minuman Coca-Cola yang dibuang di sebuah pantai di Mull, Scotland. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat terkemuka, Coca-Cola, PepsiCo dan Nestle didakwa gagal mencapai penyelesaian dalam usaha mengurangkan sisa buangan plastik selepas dinamakan sebagai penyumbang pencemaran plastik terbesar dunia untuk tiga tahun berturut-turut.

Lapor The Guardian, Coca-Cola disenaraikan sebagai pencemar plastik nombor satu di dunia dalam laporan audit Break Free From Plastic.

Hasil tinjauan terhadap 51 negara daripada jumlah 55 negara mendapati, botol minuman Coca-Cola paling kerap dibuang di pantai, sungai, taman dan kawasan pelupusan sampah.

Malah, pada tahun lalu, botol minuman syarikat itu paling banyak dibuang di merata-rata tempat di 37 negara daripada 51 negara yang dikaji.

Tinjauan menunjukkan Coca-Cola `lebih buruk’ berbanding gabungan PepsiCo dan Nestlé.

Jenama Coca-Cola ditemukan pada 13,834 kepingan plastik, PepsiCo (5,155) dan Nestlé pula sebanyak 8,633.

Audit tahunan yang dilakukan oleh 15,000 sukarelawan di seluruh dunia, mengenal pasti jumlah produk plastik terbesar melibatkan jenama global yang terdapat di kebanyakan negara.

Tahun ini, mereka mengumpul sebanyak 346,494 kepingan sisa plastik yang mana 63 peratus daripada kutipan itu mempunyai jenama pengguna. 

“Syarikat pencemar terkemuka dunia mendakwa sedang berusaha menangani isu pencemaran plastik  tetapi mereka terus menghasilkan pembungkusan plastik yang berbahaya,” kata Kordinator kempen global Break Free From Plastic, Emma Priestland.

Menurut Priestland, satu-satunya cara untuk membendung pembuangan sisa plastik adalah dengan menghentikan pengeluaran botol sekali guna dan melakukan kitar semula. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya