Chang'e-5 selesai ambil sampel bulan - Utusan Malaysia

Chang’e-5 selesai ambil sampel bulan

GAMBAR yang dikeluarkan oleh CNSA menunjukkan kapal angkasa Chang’e-5 mengambil sampel di permukaan bulan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah kapal angkasa China yang dihantar untuk mengambil sampel dari permukaan bulan yang belum diterokai sebelum ini, berjaya menyelesaikan misinya.

Menurut Beijing, kapal angkasa itu bersedia untuk kembali ke bumi dengan membawa pulang sampel pertama dari bulan dalam tempoh empat dekad.    

China membelanjakan berbilion-bilion dolar ke atas program angkasa kendalian pasukan tenteranya dengan harapan dapat menubuhkan stesen angkasa lepas menjelang 2022 selain berhasrat untuk menghantar manusia ke bulan.

Kapal Chang’e-5 yang dinamakan sempena dewa bulan mitos Cina, telah mendarat di bulan Selasa lalu dan kini selesai mengambil sampel batu dan tanah, menurut Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA).

CNSA hari ini memaklumkan bahawa kapal Chang’e-5 selesai mengambil sampel dan membungkus bahan dikumpulkan itu di dalam bekas khas.

“Pengesanan saintifik dilaksanakan seperti dirancang,” kata CNSA tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Saintis berharap agar sampel yang diambil itu akan membantu mereka mengetahui mengenai asal usul bulan, pembentukan dan aktiviti gunung berapi di permukaannya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa kapal angkasa itu melakukan persiapan kira-kira 48 jam untuk melakukan tugasan tersebut di permukaan bulan. 

Sekiranya misi itu berjaya, China akan menjadi satu-satunya negara ketiga yang mendapatkan sampel dari bulan, disusuli Amerika Syarikat (AS) serta Kesatuan Soviet pada 1960 dan 1970-an. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya