Budak perempuan 12 tahun dirogol, dapat sepasang kembar - Utusan Malaysia

Budak perempuan 12 tahun dirogol, dapat sepasang kembar

BUDAK perempuan yang baru berumur 12 tahun mempunyai hak untuk menghentikan kehamilan secara sah memandangkan usianya masih muda. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARGENTINA: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun melahirkan sepasang kembar selepas mendakwa dirinya dirogol dan disekat hak untuk menggugurkan bayi secara sah.

Bayi kembar itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan secara caesarean di Hospital Kanak-Kanak Dr. Hector Quintana di Bandar San Salvador, wilayah Jujuy.

Ibu muda itu mendakwa dipaksa menunggu sehingga janin kembar itu mencapai tahap matang sebelum pembedahan dilakukan pada 29 November lalu.

Jaringan Kesihatan Profesional dalam kenyataan berkata, kanak-kanak perempuan itu sekarang ditempatkan di bawah jagaan Children’s Ombudsman.

Badan itu mengutuk tindakan pembedahan tersebut terhadap kanak-kanak yang baru berumur 12 tahun kerana dia mempunyai hak untuk menghentikan kehamilan secara sah memandangkan usianya masih muda.

Kenyataan itu malah mengkritik pihak berkuasa kerana membenarkan operasi itu yang akan meninggalkan bekas luka pada badan mangsa serta berpotensi menyebabkan masalah psikologi.

Jaringan itu menuduh pegawai terlibat melengahkan masa untuk memastikan satu-satunya pilihan adalah kelahiran walaupun mempunyai protokol khusus dilaksanakan dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Protokol itu membenarkan remaja bawah 15 tahun untuk mengakses undang-undang menggugurkan bayi memandangkan risiko kesihatan dengan kehamilan bawah umur.

Sehingga sekarang tidak jelas apakah alasan pihak berkuasa menangguhkan kes itu kerana tiada laporan berhubung status semasa kembar itu atau dakwaan kes rogol melibatkan kanak-kanak tersebut.

Akhbar tempatan Todoljujuy melaporkan di wilayah Jujuy, terdapat 685 kelahiran melibatkan ibu muda tahun ini dan 20 kes melibatkan remaja berumur 10 hingga 14 tahun dirogol. – AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya