Buat laporan palsu elak bayar hutang - Utusan Malaysia

Buat laporan palsu elak bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang suri rumah membuat laporan palsu kepada pihak polis yang mendakwa dirinya dirompak di sebatang jalan di Kampung Cerme, Panjatan, Kulon Progo. 

Kompas.com melaporkan, suspek mengaku kehilangan 140 juta rupiah (RM40,366), 5.5 gram cincin emas, lesen memandu, kad pengenalan, sijil perkahwinan dan kad pengeluaran mesin automatik (ATM). 

Bagi menyakinkan pihak berkuasa, dia membawa saksi palsu serta menunjukkan kesan koyakan beg tangannya. 

Suspek akhirnya mengaku membuat laporan palsu bagi mengelakkan diri daripada ditangkap oleh individu yang mahu mengutip hutang sebanyak 63 juta rupiah. 

“Saya terpaksa kerana belum bayar penuh hutang tersebut yang masih berbaki 63 juta rupiah (RM18,164),” katanya. 

Ketua Perhubungan Awam Pejabat Polis Kulon Progo, Nengah Jeffry mengesahkan kejadian itu. 

Jelasnya, pihak polis tidak menemukan sebarang kes rompakan di kawasan itu. 

“Pelaku berpura-pura menjadi mangsa rompakan dan ragut di kawasan itu,” katanya. 

Wanita itu ditangkap polis pada 24 Oktober lalu atas kesalahan menipu dan bukan kerana laporan palsu. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya