ENGLAND: Sebuah laman web My Baggage mengilhamkan hadiah istimewa kepada penduduknya yang merindui untuk menghirup udara segar dari kampung halaman masing-masing.
Lapor CNN, syarikat itu menjual botol udara segar tulen dari England, Scotland, Wales dan Northern Ireland untuk membekalkan penduduk UK dengan aroma terapi dari rumah.
Dengan harga 25 pound (RM136) bagi setiap botol berisi 500 mililiter yang didatangkan dengan penyumbat gabus supaya penerima boleh sentiasa membuka botol itu mengambil aroma udara setiap kali mereka memerlukannya.
Selain empat negara itu, syarikat tersebut turut mengambil tempahan dari mana-mana kawasan di UK.
Mereka malah sudah mendapat tempahan dari Welshman yang mahu contoh udara dari kawasan pergunungan Snowdonia di barat laut Wales.
Sementara itu, botol istimewa edisi khas yang udaranya diambil dari London Underground atau kedai fish&chip di Norfolk turut tersedia.
Pasukan di My Baggage menjelaskan mereka mendapat ilham untuk melancarkan rangkaian udara botol setelah melakukan penyelidikan yang menghubungkan deria bau manusia dengan kenangan emosi.
“Kami berharap apabila penerima boleh menghirup udara segar daripada kampung halaman mereka dapat menghilangkan rindu serta membantu mereka menjalani kehidupan norma baharu di mana sahaja mereka berada,” katanya.