Boleh didenda sehingga RM2.1 juta - Utusan Malaysia

Boleh didenda sehingga RM2.1 juta

ORANG ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi protokol kesihatan Covid-19 dengan memakai pelitup muka. -AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Individu yang ingkar serta mengabaikan protokol kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 menerusi Operasi Aman Nusa II boleh didenda sehingga 7.4 bilion rupiah (RM 2.1 juta). 

Lapor Kompas.com, Ketua Biro Maklumat Awam, Bahagian Perhubungan Awam, Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Rusdi Hartono berkata, operasi itu bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memberikan tumpuan kepada individu yang mengabaikan protokol kesihatan seperti tidak memakai pelitup muka. 

Menerusi operasi itu, anggota polis akan dibantu oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI), Kesatuan Polis Perkhidmatan Awam serta komuniti masyarakat lain bagi memastikan pematuhan protokol tersebut. 

“Kita semua percaya pelaksanaan protokol kesihatan bertujuan menjadi perisai kepada setiap orang supaya tidak dijangkiti wabak tersebut,” katanya. 

Menerusi operasi tersebut yang sudah memasuki hari ke-106, Rusdi berkata, pelaksanaan protokol kesihatan itu termasuk mengambil tindakan dan memberikan amaran secara lisan kepada orang ramai. 

Katanya, masih ramai yang mengabaikan amaran secara lisan itu walaupun amaran sudah diberikan kepada 21.1 juta individu. 

Oleh itu, katanya, sebanyak 3.2 juta amaran bertulis sudah dikeluarkan kepada orang awam. 

“Kita berharap menerusi operasi besar-besaran ini dapat menyedarkan orang ramai supaya sentiasa berdisiplin terhadap protokol kesihatan,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya