Blue Origin hantar wanita pertama ke bulan 2024 - Utusan Malaysia

Blue Origin hantar wanita pertama ke bulan 2024

BLUE Origin merancang untuk menghantar wanita pertama ke bulan menjelang 2024. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALABAMA: Syarikat angkasa lepas, Blue Origin milik hartawan Jeff Bezos merancang untuk menghantar wanita pertama ke bulan.

Lapor The Guardian, rancangan itu diputusan ketika Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semakin hampir membuat keputusan mengenai siapa yang bakal membekalkan kapal angkasa pertama yang mendarat di bulan.

“Kapal angkasa itu akan membawa wanita pertama ke permukaan bulan.

“Sebelum ini, 12 angkasawan lelaki sudah sampai ke bulan, namun kaum wanita masih belum sampai ke planet itu,” kata Bezos menerusi Instagram.

Jurucakap Nasa, Jim Bridenstine berkata, pada 1960-an, kaum wanita tidak mempunyai peluang untuk terlibat dalam industri angkasa lepas.

“Namun, situasi itu sudah berubah dan golongan wanita akan diberi peluang untuk merasai pengalaman menjejakkan kaki ke bulan,” ujarnya.

Prototaip kapal angkasa pendaratan bulan ciptaan Blue Moon didedahkan kepada umum pada tahun lalu dan syarikat tersebut merancang untuk membawa wanita pertama ke bulan menjelang 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya