Biden sasar 100 juta vaksin 100 hari - Utusan Malaysia

Biden sasar 100 juta vaksin 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meletakkan sasaran 100 juta vaksin Covid-19 dalam tempoh 100 hari pentadbirannya nanti. 

Beliau berkata, bulan pertama pentadbirannya bukanlah bermaksud boleh menghentikan ancaman wabak itu, namun, beliau berjanji akan mengubah kaedah menangani Covid-19. 

Biden yang memperkenalkan pasukan kesihatan negara itu apabila beliau mengambil alih White House pada 20 Januari depan menggesa rakyat AS memakai pelitup muka selama 100 hari. 

“Saya tidak boleh menjanjikan 100 hari pertama akan mampu menghentikan penularan wabak Covid-19. Namun, kita akan mengubah kaedah menangani penyakit itu dan mengubah kehidupan rakyat AS ke arah yang lebih baik,” katanya. 

Semalam, media melaporkan vaksin Pfizer/BioNTech akan diluluskan dan diedarkan kepada rakyat negara itu. 

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump menghadiri persidangan di Rumah Putih mengenai program vaksinasi Covid-19 atau digelar Operation Warp Speed yang dijangka meluluskan penggunaan vaksin itu. 

AS merekodkan lebih 15 juta kes jangkitan pandemik itu serta menyebabkan 285,000 kematian berdasarkan laporan kajian Universiti Johns Hopkins. 

Banyak kawasan di negara itu menyaksikan peningkatan penularan wabak serta rekod kemasukan pesakit ke hospital. 

Beberapa pakar menyalahkan penduduk negara itu yang merentas daerah dan negeri semasa cuti hari kesyukuran yang lalu. – AFP 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya