WASHINGTON: Joe Biden disahkan bakal menjadi presiden baharu Amerika Syarikat (AS) selepas Dewan Pemilih (electoral college) secara rasmi mengesahkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden yang lepas.
Keputusan itu secara tidak langsung menutup ‘semua pintu’ untuk Presiden AS ketika ini, Donald Trump mengubah keputusan pilihan raya berkenaan.
California yang merupakan negeri saingan paling sengit ‘menyerahkan’ 55 undian elektoralnya kepada Biden, sekali gus menyaksikan Biden memperoleh lebih 270 undian elektoral yang diperlukan untuk menguasai White House. – AFP