Biden minta rakyat pakai pelitup muka 100 hari - Utusan Malaysia

Biden minta rakyat pakai pelitup muka 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan meminta semua rakyat negara ini untuk memakai pelitup muka selama 100 hari pertama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai pemimpin baharu AS.

Lapor BBC, Biden juga mengarahkan pemakaian pelitup muka diwajibkan di semua bangunan kerajaan sebagai usaha berterusan mengekang ancaman Covid-19.

“Pada hari pertama saya dilantik sebagai presiden, saya akan meminta semua rakyat memakai pelitup muka selama 100 hari.

“Saya berpandangan jumlah jangkitan dapat dikurangkan sekiranya kita mematuhi protokol, ditambah dengan penggunaan vaksin,” katanya.

Sehingga kini, AS merekodkan sebanyak 14.1 juta kes dengan 276,000 kematian, sekali gus menjadi antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik tersebut.

Biden ketika ini giat membuat persiapan untuk memasuki White House ketika jutaan dos vaksin Covid-19 akan diedarkan untuk kegunaan awam dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya