LONDON: Seorang bekas model popular, Traxy Dixon, 54, memenangi saman undang-undang sebanyak 200,000 pound (RM1.1juta) terhadap seorang anggota polis yang menggunakan helikopter merakam gambarnya berjemur di pekarangan rumahnya.
Lapor Mirror, Dixon mendakwa bekas konstabel, Adrian Pogmore,53, menceroboh kerahsiannya sehingga menyebabkan dirinya tertekan dan enggan mendedahkan jumlah dia diintip.
Model itu memfailkan saman tersebut selepas anggota polis itu dijatuhkan hukuman penjara selama setahun pada 2017.
Pogmore mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan kerana menyalahgunakan kemudahan awam dengan menggunakan helikopter Polis South Yorkshire untuk melakukan pengintipan seksual dengan kamera canggih yang mampu membaca nombor plat sejauh tiga kilometer.