LONDON: Bayi yang menjadi pesakit termuda dijangkiti wabak Covid-19 di United Kingdom (UK) bakal meraikan perayaan Krismas pertamanya bersama keluarga.
Lapor Mirror, Peyton Maguire dilahirkan tiga hari selepas perintah berkurung dilaksanakan di UK pada 26 Mac lalu sebelum dikesan positif Covid-19 sebulan kemudian.
Bayi tersebut yang lahir lapan minggu awal merupakan individu termuda yang dijangkiti virus maut itu di Scotland.
Maguire yang hanya seberat 1.5 kilogram ketika dilahirkan, terpaksa diletakkan dalam inkubator selepas hasil ujian saringan Covid-19 menunjukkan dia positif.
Ibu bayi itu, Tracy, 27, berkata, dia masih ingat Maguire menangis pertama kali ketika mengambil ujian calitan (swab test) dan menyifatkannya perkara paling sukar yang pernah melihatnya.
Bapa Maguire, AJ juga tidak dibenarkan untuk melawat bayi perempuannya pada ketika itu disebabkan sekatan Covid-19.
Keluarganya kini tidak sabar untuk menyambut Krismas bersama di Birkenhead, North Lanarkshire.