LANCASTER: Seorang bapa kepada empat orang anak didakwa membunuh anak lelaki dan perempuannya yang masing-masing berusia 13 dan 12 tahun.
Lapor Channel News Asia, suspek yang dikenali sebagai Maurice Jewel Taylor Sr., 34, turut didakwa mendera dua lagi anaknya.
Menurut Pejabat Peguam Daerah Los Angeles, Taylor menghadapi dua pertuduhan membunuh dan penderaan kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.
Satu kenyataan akhbar yang disiarkan memaklumkan Taylor menikam kedua-dua anaknya sehingga mati pada 29 November lalu di sini.
Dua lagi anaknya yang berusia lapan dan tahun yang sepatutnya menunjukkan pihak polis di mana mayat abang serta kakaknya diletakkan dikurung di dalam bilik selama beberapa hari tanpa diberi makan serta minum.
Suspek bekerja di sebuah pusat terapi di Santa Monica namun bertugas secara dalam talian susulan pandemik Covid-19.
Polis membongkar kejadian itu selepas beberapa pesakit Taylor memaklumkan dia gagal menghadiri temu janji yang ditetapkan.
Suspek bakal berdepan hukuman penjara lebih 57 tahun jika disabit kesalahan.