Banjir Aceh makin buruk, ribuan penduduk dipindah - Utusan Malaysia

Banjir Aceh makin buruk, ribuan penduduk dipindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bencana banjir di daerah Aceh Utara dilaporkan semakin buruk menyaksikan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara.

Lapor Kompas.com, insiden banjir yang berlaku ketika ini menenggelamkan beberapa daerah kecil termasuk Matangkuli, Pirak Timu, Paya Bakong, Tanah Luas, Langkahan, Baktiya, Baktiya Barat, Meurah Mulia, Simpang Keuramat, dan Sawang.

Ketua Badan Bertindak Pengurusan Bencana Aceh Utara, Amir Hamzah, anggota tentera dikerahkan ke lokasi terjejas bagi membantu penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara.

Katanya, perahu akan digunakan untuk memindahkan penduduk memandangkan ada kawasan yang dinaiki air setinggi dua meter.

“Sehingga kini, seorang petani warga emas dilaporkan maut akibat dibawa arus deras ketika mengharungi banjir di Tanah Pasir.

“Mangsa dikenali sebagai Mansur berusia 50 tahun dan insiden itu disaksikan oleh beberapa petani lain yang cuba membantunya,” kata Amir.

Namun, lelaki warga emas tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Banjir di sekitar Aceh Utara berlaku sejak dua hari lalu selepas dua sungai utama iaitu Krueng Keureuto dan Krueng Peuto melimpah akibat hujan lebat selama beberapa hari.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya