COX’S BAZAR: Bangladesh mula memindahkan ratusan pelarian etnik Rohingya ke sebuah pulau tidak berpenghuni yang disifatkan ‘tidak sesuai untuk kehidupan’ oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Hampir sejuta pelarian Rohingya yang lari meninggalkan negeri Rakhine di Myanmar susulan kekerasan tentera negara itu pada 2017 tinggal dalam keadaan sesak di kem pelarian di tenggara Bangladesh.
Kebanyakan pelarian enggan pulang ke tempat asal mereka kerana khuatir menjadi mangsa keganasan tentera Myanmar sekali lagi.
Sebanyak 10 buah bas digunakan untuk membawa pelarian Rohingya dari sebuah kem di sini dan menuju ke Chittagong.
Dari Chittagong, pelarian tersebut akan menaiko pesawat tentera yang kemudiannya mendarat di pulau Bhashan Char.
Pada fasa pertama, kira-kira 2,500 pelarian akan dipindahkan ke pulau tersebut. – AFP