WASHINGTON: Buat tiga hari berturut-turut, Amerika Syarikat (AS) semalam mencatatkan rekod bilangan kes positif Covid-19 mencecah 230,000 jangkitan baharu, menurut Universiti Johns Hopkins.
Lapor Arab News, AS merekodkan 2,527 kematian disebabkan wabak itu, berdasarkan data semasa oleh Universiti Baltimore.
AS merupakan negara paling tinggi mencatatkan penularan pandemik itu serta kes kematian di seluruh dunia dan menyaksikan peningkatan semula penuh dramatik dalam minggu ini.
Pegawai Kesihatan AS memberi amaran lonjakan kes itu berpunca selepas jutaan rakyat negara itu merentas perjalanan bagi menyambut Hari Kesyukuran walaupun pihak berkuasa meminta supaya terus kekal berada di rumah.
Dalam dua minggu, AS kekal berada di tangga teratas apabila mencatatkan 2,000 kematian sehari seperti yang berlaku pada musim bunga di puncak gelombang pertama wabak berlaku.
Projek Pengesanan Covid-19 turut mendedahkan bilangan pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital turut meningkat terutamanya di California, Florida, New York dan Texas.
AS merekodkan lebih 14.6 juta kes positif Covid-19 dan lebih 281,000 berkaitan kematian sejak pandemik bermula.