AS agih vaksin Pfizer hari ini - Utusan Malaysia

AS agih vaksin Pfizer hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech akan diagihkan ke hospital dan pelbagai tempat di seluruh Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini.

Vaksin yang dibawa dari kilang Pfizer di Kalamazoo, Michigan itu disimpan di dalam beberapa kotak yang mengandungi ais kering yang mampu mengekalkan suhu -70 darjah Celsius iaitu paras suhu yang diperlukan untuk memastikan vaksin tersebut boleh digunakan.

Jeneral Gus Perna yang menguruskan operasi logistik vaksin dibawah Operasi Warp Speed menyamakan keadaan itu dengan D-Day, titik perubahan Perang Dunia Kedua.

“Kami 100 peratus yakin dapat mengagihkan komoditi berharga ini dengan selamat. Vaksin ini amat diperlukan untuk menentang Covid-19,” katanya.

Langkah pengagihan vaksin itu dilakukan selepas AS menyaksikan peningkatan drastik kes Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, dengan kes kematian menghampiri 300,000 kes dan kira-kira 16 juta kes jangkitan.    

Selama dua minggu terakhir, AS beberapa kali mencatatkan kematian akibat Covid-19 melebihi 2,000 setiap hari.

Menurut Perna, beratus-ratus tempat termasuk hospital dan pusat pengagihan lain bakal menerima vaksin tersebut mulai Isnin hingga Rabu ini dengan kira-kira tiga juta rakyat AS dijangka menerima vaksin bagi peringkat pertama.

Pihak berkuasa kesihatan persekutuan mengesyorkan petugas kesihatan dan penghuni rumah penjagaan diberi keutamaan untuk menerima vaksin berkenaan, namun keputusan akhir akan diputuskan oleh setiap negeri. 

AS menjadi negara keenam memberi lampu hijau kepada vaksin keluaran Pfizer pada Jumaat lalu.

Namun langkah itu seperti dijangka dan penuh kontroversi selepas dilaporkan secara meluas bahawa Presiden Donald Trump mengugut ketua Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk memecatnya jika tidak meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 secepat mungkin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya