Arab Saudi terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Arab Saudi terima vaksin Covid-19

SEORANG jururawat mengambil suhu pesakit di klinik bergerak di Makkah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Vaksin pertama Covid-19 Pfizer/BioNTech selamat tiba di Arab Saudi hari ini yang akan diedarkan kepada 150,000 individu yang sudah mendaftarkan diri secara dalam talian untuk menerima suntikan tersebut.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr.Tawfiq Al-Rabiah berkata, vaksin tersebut akan diedarkan selepas tiga hari dan pihak kerajaan akan memastikan lebih banyak pusat vaksinasi Covid-19 di semua kawasan di negara itu.

Katanya, Putera Mahkota Mohammed Salman turut membuat susulan mengenai pelancaran proses vaksinasi.

“Kami mengesahkan vaksin tersebut adalah selamat,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Kesihatan menjelaskan vaksin bukan menjadi satu kewajipan tetapi adalah satu pilihan.

Operasi vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran bermula selepas diperintahkan Raja Salman. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya