Arab Saudi ‘bahasakan’ Israel - Utusan Malaysia

Arab Saudi ‘bahasakan’ Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAMA: Arab Saudi tampil ‘garang’ dalam sesi Dialog Manama apabila menyelar Israel yang dilihat sengaja melambat-lambatkan proses rundingan damai dengan Palestin.

Riyadh yang diwakili Putera Turki bin Faisal menerusi ucapannya membandingkan persepsi Israel yang kononnya mengangkat keamanan dengan keadaan realiti yang dihadapi oleh penduduk Palestin dari dulu hingga kini.

“Israel memenjarakan penduduk Palestin dalam kem tahanan tanpa mengira usia, lelaki atau perempuan dan mereka ‘mereput’ di dalam neraka dunia itu tanpa mendapat sebarang keadilan yang sepatutnya.

“Rejim Zionis memusnahkan rumah penduduk Palestin sesuka hati dan membunuh mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang rasa menyesal atau bersalah,” katanya.

Ucapan lantang Turki itu mendapat perhatian Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi yang turut menghadiri dialog tersebut.

Israel sebelum ini beranggapan delegasinya akan menerima ‘layanan mesra’ selepas rejim itu menjalin normalisasi dengan Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain itu, Turki turut menuduh Israel ‘berpura-pura menjadi sebuah negara yang kononnya sering diancam serta dikelilingi musuh’.

“Dengan apa yang dilakukan Israel, mereka masih ingin menjalin hubungan dengan Arab Saudi dan itu mungkin tidak berlaku,” ujarnya.

Turki sekali lagi menegaskan pendirian Arab Saudi untuk menjadi orang tengah dalam proses rundingan damai Israel-Palestin menerusi Inisiatif Damai Arab yang dimeterai pada 2002.

“Itu adalah jalan keluar yang terbaik kerana kita tidak boleh pulihkan ‘luka yang parah dengan hanya menggunakan ubat tahan sakit’, kita kena buat lebih daripada itu,” tegasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya