Adik beradik Hartono kekal terkaya - Utusan Malaysia

Adik beradik Hartono kekal terkaya

MICHAEL BAMBANG HARTONO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia bukan sahaja menyebabkan ramai diberhentikan kerja dan kehilangan pendapatan, namun, turut memberi rezeki melimpah ruah kepada golongan hartawan. 

Forbes Indonesia mengumumkan senarai individu terkaya dalam musim pandemik dengan carta pertama masih diungguli oleh adik beradik Hartono dengan jumlah aset keseluruhan AS$38.8 bilion (RM157 bilion).  

Lapor CNN Indonesia, Budi dan Michael Hartono merupakan kumpulan hartawan yang merekodkan pertambahan nilai kekayaan semasa musim Covid-19 serta berada di dalam carta tersebut selama 12 tahun berturut-turut. 

Tempat kedua diungguli keluarga Widjaja daripada kumpulan Sinar Mas dengan nilai kemewahan bertambah kepada AS$2.3 bilion (RM9.3 bilion). Nilai kekayaan semasa mereka adalah AS$11.9 bilion (RM48.2 bilion).  

Pengasas Kumpulan Sinar Mas, Eka Tjipta Widjaja yang meninggal dunia Januari lalu meninggalkan kekayaan kepada warisnya. 

Oleh itu, Forbes mengklasifikasikan sebagai kekayaan keluarga Widjaja dan kedudukan meningkat ke satu tangga berbanding kedudukan ketiga tahun lalu. 

Tempat ketiga di gondol oleh hartawan petro kimia, Prajogo Pangestu dengan jumlah aset AS$6 bilion (RM24.3 bilion). Walaupun jumlah kekayaan menurun 21 peratus disebabkan harga pasaran petro kimia yang lemah, namun, Prajogo berjaya mengekalkan kedudukan tersebut. 

Tempat keempat menjadi milik Anthoni Salim daripada Kumpulan Salim yang berpengalaman meningkatkan asetnya daripada AS$5.5 bilion (RM22.3 bilion) kepada AS$5.9 bilion (RM23.8 bilion) tahun lalu. 

Sri Prakash Lohia daripada Kumpulan Indorama mengekalkan kedudukan tahun lalu iaitu berada di carta kelima dengan aset AS$5.6 bilion (RM22.7 bilion). 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya