81,000 mati ambil dadah berlebihan - Utusan Malaysia

81,000 mati ambil dadah berlebihan

PANDEMIK Covid-19 menyaksikan peningkatan kematian akibat penggunaan dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS). - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pandemik Covid-19 menyaksikan peningkatan kematian akibat penggunaan dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu, pihak berkuasa negara ini menekankan supaya perkhidmatan perubatan utama masih boleh diakses biarpun koronavirus menjejaskan semua industri.

Lebih 81,000 kematian akibat penggunaan dadah berlebihan direkodkan di AS dalam tahun ini sehingga Mei lalu.

Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 bulan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Data terbaharu menunjukkan peningkatan kematian berlaku sejak pandemik bermula awal tahun ini.

Pengarah CDC, Robert Redfield berkata, pandemik menyebabkan golongan berkenaan lebih murung, sekali gus mendorong penggunaan dadah secara berlebihan sehingga menyebabkan kematian.

“Ketika kita terus berjuang menentang ancaman Covid-19, kita juga perlu memastikan semua golongan tidak terkecuali dan kena bantu mereka semampu yang boleh,” katanya.

Lebih 500,000 rakyat negara ini maut akibat penggunaan opiod secara berlebihan yang merangkumi ubat-ubatan yang kerap digunakan bagi melegakan kesakitan dalam lingkungan sederhana hingga kronik sejak 1999. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya