50 kucing terima wasiat - Utusan Malaysia

50 kucing terima wasiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang dermawan meninggalkan sejumlah wang kepada penerima wasiat iaitu sekumpulan kucing yang tinggal di ruang bawah tanah di Muzium Pertapaan Rusia. 

Lapor CNN, sebanyak 50 kucing yang tinggal dalam Muzium St. Petersburg yang terkenal dengan hasil seni, artifak dan patung di sekeliling bangunan termasuk Istana Musim Sejuk. 

Menurut muzium itu, kawasan itu menjadi tempat tinggal kucing sejak zaman Permaisuri Elizabeth yang memerintah dari 1741 hingga 1761. 

Pengasas muzium itu, Catherine The Great memberikan status kucing sebagai penjaga galeri seni dengan menyatakan kucing ditempatkan untuk memerhatikan tikus di tempat itu. 

Sekumpulan kucing itu sekarang dijaga oleh sukarelawan dan pegawai muzium serta mendapat sumbangan. 

Malah, haiwan itu juga mempunyai mesin basuh sendiri dan perkhidmatan doktor haiwan tempatan. 

Ketua Pengarah Muzium, Mikhail Piotrovsky berkata, bulan ini seorang dermawan Perancis meninggalkan sejumlah wang kepada haiwan itu yang merupakan wasiatnya. 

“Kawan dari Perancis kita melakukan perkara baik, ini adalah hubungan bernas bagi kedua-dua pihak iaitu penderma dan kucing. 

“Jumlah itu tidaklah begitu besar tetapi amat penting apabila seseorang menulis wasiat, peguam Perancis menghubungi kita dan tidak mudah prosesnya, tetapi ia sangat menarik,” katanya. 

Wang yang disumbangkan itu akan digunakan untuk membaiki kawasan bawah tanah muzium tersebut dan tahun ini lebih 800 individu menghantar gambar kucing itu kepada muzium tersebut. 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya